Monday, July 19, 2021

LIFE SEORANG GURU INTERIM


Assalamualaikum.. Hai semua^^


Ogosh sekarang dah 2021 guys! Maaf blog ini agak berdebu ya.. Disebabkan tiba-tiba sis teringat tentang blog sis ni, baru baca komen-komen pertanyaan uols tentang guru interim.. Sorry sangat-sangat sebab baru tengok komen kalian.. semoga urusan kalian sudah pun berjalan lancar hendaknya... Ampunnn...hihi


Jadi sempena baru-baru ni ada pengambilan Guru secara one-off, sis nak share sikit pengalaman atau apa yang perlu you guys bersedia masa nak apply jadi guru yang bukan melalui saluran institut perguruan^^

Kalau nak baca tentang fasa-fasa yang sis lalui sebelum dapat jadi guru interim, boleh tengok previous post sis k^^


Baiklah, lepas sis dapat penempatan di SMK Serian, bermula lah pengalaman sis sebagai seorang guru.. Dulu pernah jugak jadi guru ganti... tapi pengalaman nya agak berbeza.. Sebab masa jadi guru ganti dulu, sis mengajar murid peralihan. Ajar subjek Bahasa Melayu dan Amalan bahasa Melayu.. dan extra tugas sis hanyalah menjadi guru untuk masuk teach-in atau sit-in sahaja. 


Tapi bila dah jadi ke sekolah as guru interim, tugasnya saling tak tumpah macam guru-guru tetap yang lain jugak..malahan kadang-kadang lebih lagi...hahaha.. Sekarang sis mengajar murid menengah atas. Tingkatan 4&5, since 2017...Tapi apapun sebenarnya bagi sis mungkin pentadbir nak kami menimba sebanyak pengalaman yang mungkin, supaya nanti masa interview SPP senang nak jawab sebab kita dah ada banyak pengalaman.. dan tahu buat kerja... Oppss! Jangan silap.. lain sekolah lain cara pentadbiran ya.. ada sekolah yang tak buat macam tu.. ada yang lebih teruk lagi kena kerah..hoho..tapi apapun jangan risau, confirm kita semua dapat buat.. Sometimes benda tu nak push us to be the best of us! tak rugi pun untuk diri sendiri.. ^^


Ni antara projek yang geng nterim sis kena buat.. Tapi yang bagusnya, kertas kerja ni amat membantu untuk praktikum di semester 3 sebab kita perlu ada sumbangan kepada pihak sekolah. Jadi bila praktikum kita dah senang sebab memang sudah ada sumbangan kepada sekolah.. Ni salah satu projek je ye.. ada banyak lagi projek..haha...Tapi bila buat ramai-ramai dengan geng interim, semuanya jadi fun dan enjoy je^^


Yang ni first project kami.. sangat enjoy buat mural ni walaupun penat.. Ex-pengetua pun sporting siap belanja pizza lagi..hihi




Baiklah sambung ke part ambik diploma iktisas perguruan pulak. Sebenarnya agak lama jugak batch sis menunggu untuk sambung pengajian untuk ambik Diploma pascasiswazah pendidikan (PDPP). Penempatan sis ke sekolah adalah pada Ogos 2017, dan pengambilan masuk ke diploma pendidikan adalah pada November 2018 untuk batch sis.  Dalam setahun jugak lah macam tu. Kecuali yang opsyen Agama sahaja yang tak lama menunggu sebab mereka dah awal-awal dapat tajaan daripada JAKIM kalau tak silap. Pengajian sis pulak ditaja oleh JPN negeri. Tetapi batch interim 2018 pulak difahamkan kena bayar sendiri yuran pengajian. Tapi tempoh pengajian mereka lebih pendek daripada batch sis. PDPP sis dalam setahun setengah (3 semester).



Ni classmates sis group Sains 4.. Bersyukur sebab dapat classmates dan baik-baik dan sempoi.. Jadi tak stress masa kelas. Lecturer pun baik-baik dan amat membantu kami. Semua ni penting sebab masa ambik diploma ni kami bukan cuti belajar ya. Kami menggunakan mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Jadi sepanjang november 2018 hingga 2019 setiap dua minggu tak silap sis memang ada kelas di IPG. Sis dapat IPGKTAR sebab sis opsyen sains. Opsyen-opsyen lain pun ada jugak di IPGKTAR. Setiap cuti sekolah memang tak ada cuti terus masuk IPG. Minggu yang tak ada kelas bersemuka pulak ada kelas Dalam Talian (DL).. macam ala-ala PdPR jugak lah..cuma kami awal dah merasai..sebelum pandemik lagi...haha.. Serius kelas dalam talian lagi super penat mental dan fizikal.. Best lagi kelas bersemuka guys!

Ni masa baru dapat kad pelajar.. jakun jap sebab lama tak pakai lanyard ada kad macam ni..haha.


Tips di IPG ni, kita kena enjoy-enjoy je.. tapi assignment wajib kena buat dan hantar on time.. Do you best insyaAllah okay je..Bila dah amik diploma pendidikan ni baru tahu kenapa memang kena ambik jugak iktisas keguruan ni bila kita bukan dari degree pendidikan. Alam pendidikan memang lebih deep lagi yang kita perlu selami.. Masa sebelum masuk IPG, main sukati cakap je kat murid-murid.. Bila dah masuk IPG baru sedar, ada benda yang kita tak boleh bagitahu murid, bukan main sedap mulut kita je ye..haha^^ Dan banyak teknik-teknik untuk lebih memahami murid agar dapat membantu mereka dalam pelbagai aspek. Pendek cerita, masa diploma pendidikan ni, kautlah sebanyak ilmu yang boleh.. sebab memang akan kita gunakan bila mendidik murid di sekolah.


Pengalaman sis masa ni pulak ada extra mencabar sebab masa ni sis tengah nak habiskan master sis..Sis ambik mod Full Research. Bertarung dengan thesis, kena bayar yuran master sendiri sebab dah terlebih tempoh tajaan..memang mencabar lah tahun 2018-2019 sis.. Setiap hari menangis bila mengenangkan pengajian master sis. Risau sangat kalau tak dapat habiskan. Scariest moment of my life..huhu.. Tapi alhamdulillah, Oktober 2019 sis grad jugak akhinya..Terasa terlepas beban di bahu ni..huhu..Banyak kesan dia kalau x habiskan.kena bayar balik duit tajaan. masa tu sis dapat dua tajaan, satu untuk yuran pengajian, satu lagi untuk sara hidup.. memang mahu seriau sis memikirkannya..hoho..Alhamdulillah fasa itu dah berakhir..^^



Tapi you guys jangan risau, masa jadi guru interim ni, live your life macam biasa ja.. Bersyukur sekurang-kurangnya dah selangkah nak menjadi guru tetap^^

Ni gambar bersama guru-guru senior SMK Serian. Alhamdulillah semua baik-baik dan sangat sporting.. Lebiu sisturs!



Hasil kerja murid 4MPV.. Tengok, kreatif kan student SMK Serian ni^^




Ni batch yang paling lama kat sekolah.. Sampai 3 tahun kat menengah atas disebabkan covid. Batch last KBSM pulak tu.. Masa ni belum covid lagi.. Jadi memang seronok buat eksperimen di makmal^^


Masa ni sis jadi penyelaras Minggu Sains dan Matematik. Tahun 2019. Angkut encik suami dan kawan untuk buat pameran 3D print kat sekolah.. Sebab encik suami sis memang hobinya buat 3D print..^^


Yang ni masa perjumpaan akhir tahun Kelab Bola Baling.. Jadi kita buat makan-makan sikit bagi semua happy^^


Bila jadi cikgu, kita tak boleh berkira dengan murid. Anggap je macam anak-anak kita.. Bila buat perbentangan, sis suka buat ala-ala pertandingan.. Nak bagi mereka bersemangat sikit.. Lepas tu terus bagi hadiah.. Tak perlu hadiah mahal.. Hamper makanan pun diorang dah happy sangat dah^^




Hamper lagi..haha.. Nampak tak level aku ni setakat situ je...haha^^



And opkos bila dengan murid-murid ni, sikit-sikit nak bergambar.. Layankan je.. Janji kerja siap..semua happy.. Tak perlu jadi cikgu singa.. jadi cikgu kucing pun jadi..asalkan happy tak stress^^




Ni masa tengah buat assignment IPG.. susah senang bersama.. mesti sama-sama siap! Chaiyok2..^^



Oleh sebab masa jadi guru interim, life nya agak chaos, jadi kita appreciate every little things with each other.. Kami geng interim suka sambut birthday, bagi hadiah setiap birthday biar sama-sama happy.. Tapi sejak covid ni tak dapat dah nak celebrate birthday sama-sama...huhu..so sedih

Kek ni sis buat sendiri tau..masa tu tengah mood nak deco-deco cake..hahaha..Abaikan background gua di balakang tu..haha
 

Ni masa one of the dinner anjuran sekolah.. Boleh dikatakan every dinner ke lunch ke hi-tea sekolah, confirm geng interim yang diberi tugas jadi AJK.. Layankan je.. Macam biasa, bila sama-sama buat, enjoy je..malas nak stress-stress..haha^^





Last but not least, embrace the journey.. jangan terlalu memikirkan kesusahan, pengakhiran...just do your best supaya nanti tak ada benda yang perlu dikesalkan...^^

Untuk makluman, batct sis baru je dapat arahan untuk upload dokumen untuk temu duga SPP (Julai 2021 sekarang).. Semoga kami cepat-cepat dipanggil untuk temu duga SPP dan doakan semuanya dipermudahkan ye kawan-kawan... ^^


Maceh, maceh, maceh....^^ 

Jumpa lagi.. ;p

















Thursday, September 7, 2017

Guru Interim 2017

Assalamualaikum, hai uols!^^


Omg! omg! It has been a while since I update this blog. Usahkan update, bukak pun tak..ohoho... Hari ni sis akan menulis tentang journey sis menjadi Guru Interim.


Ramai yang bertanya macam mana nak apply untuk jadi Guru Interim ni. Ya, sis tau ramai yang masih mencari pekerjaan, termasuk lah sis jugak dulu. Zaman ni tak boleh nak memilih sangat nak carik kerja. Tapi being a teacher is always my dream and passion. Dulu salah pilih jalan.. haha.. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan sis untuk ke arah menjadi guru...walaupun Guru Interim, guru yang belum confirm lagi diserap jadi guru tetap.


16 August 2017 was the date sis dapat tau kat mana sis ditempatkan sebagai seorang Guru Interim. Untuk menuju ke hari tersebut bukanlah mudah. Namun alhamdulillah, sis anggap semua ni adalah rezeki. Untuk batch sis, ada beberapa phases yang perlu dilepasi sebelum ditempatkan ke sekolah.

Phase pertama : Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
~Ujian ini adalah berbentuk soalan objektif dan setuju/sangat setuju/tidak pasti/tidak setuju sorts of questions.
~Dalam dua-tiga minggu kalau x silap baru dapat result. Bila lulus baru dipanggil untuk temuduga


Phase kedua: Temuduga
~Temuduga adalah secara berkumpulan, dan individu. Dalam satu kumpulan ada 5 orang. Ada sesi micro-teaching dan temuduga. Kedua-dua dijalankan pada masa yang sama. Terpulang kepada penemuduga untuk menjalankan sesi yang mana satu terlebih dahulu. Masa sis temuduga dulu, kami dikehendaki membuat micro-teaching terlebih dahulu. Micro-teaching ni adalah sesi pengajaran dan pembelajaran secara singkat namun menyeluruh. Ia tebih tertumpu kepada satu atau dua objektif sahaja untuk sesuatu sesi micro-teaching. Jangan lupa buat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga ya . Ia untuk diserahkan kepada penemuduga. Barulah nampak macam kita ni ever-ready giteww... Then nak lagi gempak, bawa sekali bahan bantu mengajar. Masa sis dulu, sis bawa yis untuk buat roti, roti dan air gula. Sebab masa tu sis buat micro-teaching tentang proses penapaian/ fermentation. Jadi sis buat demo sikit. Barulah 'wow' sikit..gitew.. hahaha.. Jangan lupa, mesti ada intro/induksi untuk micro-teaching jugak. Maksudnya di sini, kita tanya khabar pelajar and sort of conversation yang buatkan student attached to us first. Lepas tu baru kita bagitau objektif pembelajaran pada hari tersebut, dan seterusnya mengajar topik tersebut. Akhir sekali, kita kena pastikan sama ada objektif pembelajaran kita pada hari tersebut tercapai atau tidak. Panjang lebar tak explanation sis? haha.. Bukan apa, masa sis dulu, x jumpa pun yang explain secara details tentang micro-teaching..huhu.. I am so new with these things you know...nasib la ada makcik sis yang cikgu tu tolong explain..Thank you Ciknah!^^


Phase ketiga: Penempatan
~Result temuduga dapat dalam masa 2-3 minggu jugak kalau tak silap. Bila lulus temuduga barula dipanggil untuk sesi penempatan. Masa sesi penempatan ni barulah dapat tahu kita ni ditempatkan di sekolah mana. Alhamdulillah sis dapat SMK Serian, Sarawak. Kira-kira 45-50min drive dari rumah ke sekolah. Nak kata dekat tak jugak, nak kata jauh pun tak.. So-so lah. Bersyukur jugak lah... at least masih boleh ulang alik.. Kalau x kena PJJ la dengan Encik Suami...hoho


So, bagi yang nak apply jadi Cikgu Interim jugak, boleh apply di website Job Malaysia (Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), dan hantar resume, cover letter dengan sijil berkaitan ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. All the best uols!

Okay lah, setakat ni je lah dulu. Next post sis akan explain pulak dah dapat penempatan tu, macam mana nak lapor diri n so on pulak.... hihi..~



Tata-titi-tutu

Monday, December 28, 2015

Vietnam Getaway^^

Assalamualaikum n hai semua!

Kali ni sis nak share pengalaman masa pegi Ho Chi Minh City, Vietnam hari tu.. bukan hari tu sangat la.. Bulan Ogos 2015 lepas jugak la rasanya..See.. I have short term memory...haha.. Sebab tu kena abadikan dalam blog ni supaya x lupa...aduh nak, mahwaku ;p

Trip ke Vietnam hari tu sis pegi berdua je dengan makcik sis. Hehe.. And that was my first trip to oversea gitu ( dulu penah g Brunei je..).. hehe.. Kitorang pegi dalam 5 hari macam tu je.. Kitorang travel sendiri2 je without travel agency, and agak menjimatkan jugak la..Tiket Kuching-KL-HoChiMinh return ticket including luggage n hotel dalam RM1k untk dua orang.. Kira murah la jugak..hihi..Xberapa nak berplan bagai, janji hati mau kental gitu.. and kaki kena kuat jalan..haha..




Ni masa first night kat sana.. Agak saspen jugak si tengok trafik kat sini.. Hati mau berani nak cross the road..kalau x memang x ke mana la..haha



Ni kat Restoren Serai, the first kedai makan halal yang kami jumpa, so redah je la.. And it seems that kedai ni yg paling sedap among the other kedai yg kitorang cuba sepanjang di sana^^


Ni Mi Vietnam ke apa namanya sis pun lupa..kan short term memory gitu..haha.. tapi ni serius sedap..kena try tau kalau pegi Vietnam^^




Kalau ke Vietnam, tak sah kalau tak beli Kain Cotton Vietnam, sangat banyak choice, tapi kena pandai tawar-menawar jugak..Sis suggest beli kat kedai luar dari Ben Thanh Market.. Kalau T-shirt Vietnam pun murah lagi kalau beli kat deretan kedai luar Ben Thanh market compared to beli kat dalam Ben Thanh market tu.. Make a smart choice ya^^ Same case jugak kalau nak beli keychain or souvenir. Ada jugak la yang okay kat dalam market tu..tu pun kalau uols pandai bargain ya^^

At Saigon Notre-Dame Basilica.. baru google nama dia..haha..sebab lupa..lol^^ Church ni terletak opposite dengan Saigon Central Post Office.. tempat wajib amik gmbr kalau ke Ho Chi Minh City gitu^^


Ni pulak Opera House, fefeeling kat Eropah gitu... Cantik dan terletak dekat tengah bandar jugak, dalam 10min berjalan dari Ben Thanh Market^^




Sepanjang kat sana, ada la dalam dua tiga masjid yang sis jumpa..so, boleh la singgah solat jap.. kalau x silap masjid ni dalam 10 minit berjalan kaki dari Ben Thanh Market jugak, tapi different direction dari yang ke Opera House tadi.^^




Ni pulak dataran yang terletak dekat dengan bangunan2 urban kat sana, agak berbeza dengan view di Ben Than Market. Sis syak jurang antara kaya dan miskin kat sana agak ketara jugak la..Bagi pendapat sis la..hihi.;p





Kalau shopping kat Vietnam, boleh pakai Vietnam dong, Ringgit Malaysia atau US Dollar. Masa sis pegi hari tu rate RM1=~5000Dong gitu la.. ada barang yang rasa murah kalau beli pakai dong, ada yang murah beli pakai RM^^




One more thing, kat sana banyak garden..memang best kalau nak lepak2 gitu..hihi.. Kalau waktu malam ramai yang buat taichi la, aerobic pun ada^^ Bersemangat sukan orang2 Vietnam ni..haha^^




Buang tebiat bli baju hujan plak kat sana..Yela, kitorang mana la ada bawak payung ke ape..sekali dua tiga saat lepas bli hujan pun reda...apuu..haha..nasib baik dlm RM2.00 gitu je...;p



Ni masa flight baru take off nak balik KL..Bye Vietnam! It was a great experience for sis.. Till next time ya^^



~tata-titi-tutu~

Thursday, October 1, 2015

Confession of a girl


Assalamualaikum semua^^

Ogosh! Now I'm already at the second semester of my master program. It is difficult to stay focused and I frankly hate it. I am really lazy to figure out the methods that I have to use since I'm really unfamiliar with it! So stressed out and I hate it! So, my advice to those who wants to do master, don't do research mode! It is tough! Just do coursework. It might be easier for you.. Goodluck n wish me luck! I want to finish what I started^^

Ok Bye^^

Friday, September 11, 2015

Misiku KURUS

Assalamualaikum! Hola semuanya^^

Oh yeah! Bila bercakap pasal nak kurus ni, it's like everyone gonna suggest various types of methods oh well^^ But the point is that to execute the method is the most-really-very tough thing to start with. Believe me, the starting point is always the hardest one.

Being an obese person is never my choice.. I didn't realized my journey of being an obese person. As I am planning to get married soon, diet and become a normal BMI person is a must for me. Ya la kan, nak kawen pun xnak usaha untuk kurus ke? nanti dalam gambar orang kutuk2 pengantin gemuk marah pulak kan??? ok nak nangis!

This is almost a week since I left white rice and sugary-drinks, and I'm already okay with it. Then, already sign up dkt gym.. and hopefully my usaha berhasil la.. I see the progress, but it was not fast..quite slow..But I hope I can keep going. I hope I can apply this diet as my lifestyle^^

Who doesn't want to be pretty right? 
Tetiba teringat quote kat fb "Muka lawa boleh lah, buat jahat pun orang akan tetap sokong kau sebab apa? sebab kau lawa. cuba kalau yang hodoh, duduk diam pun kena maki"... Harsh enough yet so true.. Kan???

May Allah helps me in this journey. Pray for me guys! 


My current diet plan: Atkin and calory diet

Tuesday, May 5, 2015

P_E_R_K_A_H_W_I_N_A_N


Assalamualaikum semua...^^

As usual, blog ni memang tempat aku nak meluahkan perasaan je since aku rasa takde sangat yang tau pasal blog ni..hikhik^^

mmmmmmm......Aaaahhh~ (tarik nafas dalam2 then hembus)

Bila cakap pasal kahwin aku jadi takut.. haha..Dulu aku excited. When the time is about to come aku jadi panic...haha.. Bersediakah aku? Cukup baik kah aku untuk jadi seorang isteri untuk dia?

Aku masih belum kurus, belum habis master (baru je daftar), belum dapat kerja... How I'm gonna simpan duit for my wedding?? otoke? Aku taknak la nak harapkan pihak lelaki je yang payung semua..huhu... And I was planning to get married after 2 years time after start kerja.. Never think that my plan could not work as what I planned. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan~ He knows the best for us kan^^

Semoga dibukakan pintu rezekiku seluas-luasnya... Kena work hard n achieve more ni~ Doakan semuanya berjalan lancar k..thank you^^


That's all la untuk kali ni, since aku pun blom tau ape yang kena uruskan untuk masa ni..haha.. naive sungguh! okbai^^


~tata - titi - tutu~

Thursday, April 16, 2015

24th BirThDaY!^^

Assalamualaikum semua! ^

Omo! It's 16th April yaw! Akhirnya tiba jugak Birthdayku yang ke 24! Ahaks! Benarlah kata orang.. Age is just a number! hihi...Umo 24 tapi jiwa masih 17 gitu^^

As usual, he is the first one to wish me! haha.. ^^ But, my bff, Beyl called me earlier actually..pkul 11:30 mlm, 15th April..because she knows Akmal wants to be the first one to wish me on 16th April...! haha^^Oh! Syukur Allah sebab menghadiahkan aku insan2 yang ikhlas menyayangi diri ini seadanya...Alhamdulillah^^

                                                #abaikankekembangandiriini #mahwaku

Thanks jugak untuk family members, friends yang wished everything good n positive to me..! I really appreciate that... Only Allah can repay you all back.. ^^

Till then.. Hopefully boleh kurus cepat , dapat kawen cepat as wished by Akmal..^^ Amin^^

tata titi tutu^^



Friday, November 14, 2014

 Assalamualaikum n hai semua^^


Hari ni rasa nak share resepi Non-Baked Oreo Cheese Cake yang super duper easy nak buat^^
Actually, aku bukanlah peminat cheese yang tegar aku yang dulu bukanlah yang sekarang tu..opss!
Haha..Tapi these whole week asyik mengidam nak buat oreo cheese cake in a jar..Tapi.... carik punya carik semalam takde jumpa jar yang sesuai. So, aku pun beli la square container yang kecik tu untuk letak cheese cake ku itu... Resepi asal pun daripada Google sebenarnya..tapi kena modified sikit untuk guna je apa yang ada kat rumah.. berjimat cermat gitu uols^^


Orait, straight to the point la deh^^


NON-BAKED OREO CHEESE CAKE IN A CONTAINER

Bahan-bahan

250g tatura cream cheese 
5 sudu makan susu pekat manis (nak manis lagi boleh tambah)
1 sudu makan gelatin powder
1 sudu makan air panas (untuk membancuh gelatin)
1 bungkus oreo original flavour (patahkan oreo menjadi kecik2 (tapi bukan hancur))
50g oreo crumbs (oreo yang dihancurkan)
Coklat (parutkan untuk hiasan)
200g digestive biscuit
4 sudu makan gula perang (nak manis lagi boleh tambah)
70g butter

Cara-cara Membuatnya:

1. Untuk cake-base, hancurkan digestive biscuit, kemudian tambah gula perang dan butter. Gaul sebati. Kemudian leperkan di dalam bekas.
2. Untuk adunan cheese, pukul cream cheese dan susu hingga kembang. Kemudian masukkan gelatin yang telah dibancur dengan air panas tadi. Gaul rata. Kemudian, masukkan oreo yang telah dipatah2 tadi. Gaul rata.
3. Masukkan adunan cheese ke dalam setiap bekas dan ratakan. Boleh guna piping bag kalau nak. Tapi muncung dia kena bagi besar sikit. (saya dapat 4 bekas je untuk adunan ni)
4. Taburkan oreo crumbs dan coklat parut tadi. Kemudian letak dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2-3 jam. 
5. Sedia untuk dinikmati^^



Tara! This is my version! ^^


Selamat Mencuba^^



  

Tuesday, November 4, 2014

Assalamualaikum semua^^


Fuhh! Konvo dah settle.. Alhamdulillah, everything went smoothly..^^ Thanks to semua yang terlibat.. especially my family, Akmal Hakim, my lovely friends dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung..Amboi ayat! Skema uols^^

Lazimnya semua akan tanya, habis belajar ni nak buat apa? kan? kan?^^
Tapi aku pun still belum dapat bagi jawapan yang betul-betul precise sebab masih belum daftar lagi untuk 'master". Kalau ikutkan plan, Februai 2015 nanti insyaAllah daftar 'master' kat UNIMAS.. Hopefully la semuanya okay sebab sekarang dah masuk lab.. Dah start progress project dalam 10% gitu la baru.. Tapi yela kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan..Just follow the flow sebab He knows the best for us ^^ Kalau dapat kerja, kerja dulu pun okay bah kalau kau!^^



 With my best friend kat UMP^^
      Yeah, we fight a lot mek, but I love you though! Kbai! haha^^
                                               




 Kawan susah senang di UMP! I love you Kak Umie, Aman, Tehah, Ima, Wawa, Ika, Farah n so on.. Thank you for cherishing my study life dear friends!^^




Up, up and away!^^




Okay, nak balik dah ni..^^
Tata Titi Tutu..ok Bai^^




Monday, June 16, 2014

Assalamualaikum semua^^


Waaa.. tak lama lagi dah nak bulan Ramadhan dah! ^^ I'm soooo excited!^^
Harap Ramadhan kali ni dapat puasa penuh, dapat tarawih penuh...Amin! and most important is hopefully panjang umur so that dapat buat tu semua! Amin sekali lagi^^



Hm... actually lately aku rasa my life agak menyemputkan sikit! adesss! Ni la penangan belanja tak ingat dunia..haha.. Lupa pulak praktikal enam bulan..salah kira bajet daa... Terpaksa lah gue berjimat cermat teramat cermat..uhuk uhuk T_T


Tapi takpela... atleast still dapat survive kira okay la tu...slalu mengingatkan diri yang ada lagi orang yang lebih susah daripada kita..so, akan rasa thankful...huhu...


Semoga rezekiku dimurahkan selalu... tak sabar nak habis praktikal.. kalau boleh nak carik kerja terus..boring dah asyik masuk lab ja..haha.. Life is too short to do the thing you don't really enjoy isn't it?  


Hopefully everything will going fine..! May Allah ease all! Amin^^ Kbai^^

Monday, March 24, 2014

My Favorite Caramel Pudding Recipe ^^

Assalamualaikum semua^^


As usual, it has been a while since I updated this blog..^^
okay! Hari ni saya nak share my recipe of my own version of caramel pudding^^


Orait, straight to the point deh^^

Bahan-bahan :

Untuk Gula Hangus
5 sudu gula halus
3 sudu air

Untuk Adunan Puding
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
1 cawan air
6 biji telur ayam
secubit garam


Cara-cara membuatnya:

 Untuk gula hangus
1. Masukkan gula ke dalam kuali/ periuk
2. Panaskan hingga gula cair dan bertukar menjadi keperang-perangan.
3. Masukkan air dan kacau laju2 hingga sebati.

Untuk puding
1. Tuangkan gula hangus ke dalam bekas/loyang.
2. Masukkan kesemua bahan2 untuk adunan puding ke dalam mangkuk besar.
3. Kacau/blend hingga sebati.
4. Dengan menggunakan penapis, tapiskan adunan tadi ke dalam loyang berisi gula hangus.
5. Seal loyang dengan menggunakan aluminium foil.
6. Kukus selama 20 minit.
7. Angkat dan keluarkan loyang dari pengukus. Sejukkan.
8. Terbalikkan puding ke dalam pinggan puding. 
9. Enjoy the pudding^^


yum yum yummy^^


Simple kan?? Selamat mencuba^^


Saturday, November 23, 2013

Assalamualaikum.....^^

Waaa! It's been a long time not updating my bloggy winky wonk~ haha

Okay... Sekarang aku dah final sem kat UMP terchenta teramat ni uols...~ Nak kata busy sangat macam tak jugak..Ade je masa aku nak kuar tengok wayang pung pang sana sini..lol^^
Dimanakah kesedaran disitu ye??? haha^^


Oh! cuma harus gigih menaip thesis kerana rasa bersalahku terhadap supervisorku yang tersayang yang asyik bertanya begini: "Neelofa, mana thesis awak...? bila nak anta draft thesis kat saya??"

Tapi malangnya aku just senyum je la sebab masa tu, sepatah ayat pun aku tak taip lagi..lol^^
Eh, aku bukan Neelofa..suka perahsantan sendiri dengan harapan suatu hari nanti bakal kurus serta hot gitu macam Neelofa! Ahaks^^

Alhamdulillah sekarang dah ada kemajuan sikit untuk thesisku itu...yeay! ^^

Okay... tadak idea nak taip banyak2.. makanya ini saja la ya ibuk2 bapak2 sekalian.. Nanti semoga bisa ngomongin lagi ya...! Eh, tiba2 cakap Indonesia plak gitu..haha..^^

Okay la..tata titi tutu^^
Semoga aku n rakan2 berjaya menghabiskan pengajian kami di UMP ni dengan jayanya...Amin^^

Wednesday, June 26, 2013

Assalamualaikum^^

Alhamdulillah..sedar tak sedar sudah hampir ke final year of my study...Alangkah tidak sabarnya daku untuk mengharungi baki satu sem lagi theory, and 6 bulan practical...Yeay! tak sabar oh tak sabar.. ^^


Ha.. Janganlah anda merasa pelik kerana sesungguhnya blog ini memang di'update setahun sekali sahaja ya..LOL^^

Sekarang kan tengah demam Running Man..So, marilah kita menikmati cuti sem ini dengan benda2 yg lagha seperti menonton Running Man dan berkaraoke oh yeah! Kerana pastinya di awal semester nanti pasti lahirnya penyelesalan kerana tidak menyiapkan Log book untuk Final Year Project dan thesis..Oh! Itulah lumrah hidupku! Ahaks^^


 Till then.. Babai...Take care yaw^^



Tuesday, December 4, 2012


Assalamualaikum.. Testing2 yaw...^^
Just a teaser since right now I'm quite busy completing the assignments, mini projects, quizzes, test n etc..
Pray for my success ya..Love u all ^^


Guess where were us been? ^^


tata titi tutu ^^


Friday, October 28, 2011

49 daYs... ^^

Assalamualaikum n hai semua ^^


Ha, hari ni nak buat review sikit pasal drama 49 Days yang super duper awesome nih^^
Actually lama dah tunggu nak tengok drama nih.. tapi tak tau nak mintak kat sape.. nak beli DVD dia sure2 la tak mampu..hihi... Nasib baik la ada UMP sharing.. dapekla den nengok cite ni..ohoho^^


Overall 9 out of then.. kira ohsem la kan.. best sangat dan korang memang kena tengok^^

Eh eh..kata nak review..haha.. ekceli (actually) aku tak reti sangat nak review ape sume nih..hehe.. basically drama ni tentang sorang pompuan yang accidentally TERmeninggal dunia pada hari dan masa yang beliau belum sepatutnya meninggal.. nampak sangat la ni cite rekaan kan..? sebab dalam Islam mane la boleh TERmeninggal...hehe.. tapi takpe..jangan korang percaya 100% plak cite nih.. dah sah2 ia cerita rekaan dan sekadar untuk hiburan saje je..^^


Ehem! sambung balik.. pastu kan... ade la seorang scheduler (ala2 malaikat maut la kononnye) yang construct pompuan nih untuk kembalikan hayat beliau... Pompuan ni kena kumpulkan 3 titis air mata pure means that air mata dari 3 orang yang betul2 dan ikhlas sayangkan beliau.... Then... tanak story dah..hehe.. tengok la sendiri ye..baru best..ngeh2....^^
And one more thing yang aku nak emphasis kat sini adalah dua2 heroin dalam drama nih sangat comel dan adorable.. hero2 je yang tak berape nak ensem ... Kalau Kim Hyun Joong berlakon dalam drama nih kan lagiiiiii best...haha... kalau boleh, semua drama aku nak dia ade..LOL^^


Okeh.. That's all for now.. See ya...tata titi tutu ^^

Tuesday, October 25, 2011

Saranghae Oppa..nomu nomu saranghae ^^

Assalamualaikum n anneyong^^

Hai blog saya... haha.. hari-hari bukak je blog ni actually..just tak update je.. sory ye sayang... banyak keje la..haha... Oh! Welcome new semester! Although dah about to mid semester dah sekarang..LOL

Oh, hari ni nak introduce secara official yang orang kat bawah ni dah jadi kekasih gelapku..haha^^



Anneyong Oppa^^

Ni wallpaper lappy saya ^^
Sumber inspirasiku...


Ensem tak? Ensem tak?


Haha..tu nama dia..nampak tak...TAEC YEON kekasih hati ^^


Ok tu je nak cakap actually..Rasa awkward sebab lama tak update blog...hehe..

Ok.. Babai... Saranghae semua ^^

Sunday, July 24, 2011

Salam terakhir..hoho~

Assalamualaikum semua~

hoho... blog aku nih macam dah berspider web kan? haha... Actually rasenye macam nak berhenti blogging sementara waktu atas sebab2 tertentu.. Antaranya busy melayan Korean stuffs, jaga cousins, travel sana sini (ececeh..).. sebab nak jaga hati seseorang tu jugak..ngeh2..
tapi aku yakin yang one time nanti aku aku gian balik nak blogging semula..haha.. just wait for it..! n nak meng'analysis' adakah sebab blogging ni la result sem 2 aku nih drop sikit..bukan ape, aku start blogging sem 2 dulu.. so sem 3 nanti nak bercuti dari blogging (insyaAllah).. n I hope it will give something beneficial for myself...~


okeh! sampai sini je ek.. take care korang! n jangan risau tau.. walaupun aku x menghupdate blog aku nih, tapi hari2 aku blogwalking kat blog korang tau! jangan lupa buat entry hot2 supaya aku cepat2 klik ke blog korang! see ya! love korang semua~

~tata~titi~tutu~

Tuesday, June 21, 2011

Fasha oh Sandha~

Assalamualaikum korang~

Actually lama dah aku kureng minat kat cik kak kita Fasha Sandha nih.. bukan pe, walaupun kita sebagai manusia memang tak lekang dari buat silap, tapi jangan la asyik nak ulang kesilapan tu yek... Harap sekarang nih Fasha Sandha dah jadi orang yang lebih baik dari dia yang sebelum nih..Amin...~


Okeh! drama Dewa Cinta bersiaran di tv3 setiap Isnin sampai Khamis kot, pukul 7pm to 8pm..
Kali nih watak yang Fasha bawak amat berbeza dari watak2 yang dia penah bawak before.. Ohsem yaw! kan best dia dapat watak macam nih daripada asyik dapat watak gadis lemah lembut plus tergedik-gedik before nih.. Sangat suka watak dia dalam drama Dewa Cinta nih... tak mustahil lepas nih semakin ramai peminat2 lama dia akan minat dia semula..hehe... Keep it up yaw akak Fasha Sandha.. All da best for you..(walaupun dah komfem2 dia tak baca blog aku nih)..haha.. ~

Semoga Fasha dapat mengharumkan semula nama dan imej beliau~


Jangan lupa tengok drama nih yaw..best best best..haha~


okeh! berdiri di atas bakat sendiri! kurangkan kontrolbesi tingkatkan prestasi! (tagline Melodi)..haha.. tata~titi~tutu~

Sunday, June 19, 2011

Victoria OH Victoria!~

Assalamualaikum awak dan awak di sana~


Omo! last night buat keje gila..ngek btol.. Mase tengok tv, tiba2 imagine rupa aku kalau buat fringe macam Victoria unnie...hoho..Lepas tu terus gatal tangan pegi amik scissor emak n potong rambut depan n buat fringe macam Victoria unnie.. haha.. Tapi tak menjadi sangat sebab aku memang takde skill nak potong2 rambut nih..huhu.. bleh plak aku tarik sikit rambut tu, baru potong.. So, jadi terlalu pendek la plak..hoho (sila jangan imagine)..haha.. nasib baek tak pendek sangat oi...huhu.. tapi ade la iras2 rambut Victoria unnie..haha (perasan).. ;p

Okeh.. saya tak secomel ini..~


unnie yang sangat comel n baik~


dan juga sangat stylo..ohsem yaw~


Harap nanti dah besar bleh jadi macam Victoria unnie.. pandai masak, menari, nanyi n what so ever la... hik2~

Okeh.. all in all, the moral of the story : jangan la memandai2 nak potong rambut sendiri kalau tau diri tu tak reti nak potong..hoho... Renung2kan dan selamat beramal yaw~

tata~titi~tutu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...