Assalamualaikum.. Hai semua^^
Ogosh sekarang dah 2021 guys! Maaf blog ini agak berdebu ya.. Disebabkan tiba-tiba sis teringat tentang blog sis ni, baru baca komen-komen pertanyaan uols tentang guru interim.. Sorry sangat-sangat sebab baru tengok komen kalian.. semoga urusan kalian sudah pun berjalan lancar hendaknya... Ampunnn...hihi
Jadi sempena baru-baru ni ada pengambilan Guru secara one-off, sis nak share sikit pengalaman atau apa yang perlu you guys bersedia masa nak apply jadi guru yang bukan melalui saluran institut perguruan^^
Kalau nak baca tentang fasa-fasa yang sis lalui sebelum dapat jadi guru interim, boleh tengok previous post sis k^^
Baiklah, lepas sis dapat penempatan di SMK Serian, bermula lah pengalaman sis sebagai seorang guru.. Dulu pernah jugak jadi guru ganti... tapi pengalaman nya agak berbeza.. Sebab masa jadi guru ganti dulu, sis mengajar murid peralihan. Ajar subjek Bahasa Melayu dan Amalan bahasa Melayu.. dan extra tugas sis hanyalah menjadi guru untuk masuk teach-in atau sit-in sahaja.
Tapi bila dah jadi ke sekolah as guru interim, tugasnya saling tak tumpah macam guru-guru tetap yang lain jugak..malahan kadang-kadang lebih lagi...hahaha.. Sekarang sis mengajar murid menengah atas. Tingkatan 4&5, since 2017...Tapi apapun sebenarnya bagi sis mungkin pentadbir nak kami menimba sebanyak pengalaman yang mungkin, supaya nanti masa interview SPP senang nak jawab sebab kita dah ada banyak pengalaman.. dan tahu buat kerja... Oppss! Jangan silap.. lain sekolah lain cara pentadbiran ya.. ada sekolah yang tak buat macam tu.. ada yang lebih teruk lagi kena kerah..hoho..tapi apapun jangan risau, confirm kita semua dapat buat.. Sometimes benda tu nak push us to be the best of us! tak rugi pun untuk diri sendiri.. ^^
Ni antara projek yang geng nterim sis kena buat.. Tapi yang bagusnya, kertas kerja ni amat membantu untuk praktikum di semester 3 sebab kita perlu ada sumbangan kepada pihak sekolah. Jadi bila praktikum kita dah senang sebab memang sudah ada sumbangan kepada sekolah.. Ni salah satu projek je ye.. ada banyak lagi projek..haha...Tapi bila buat ramai-ramai dengan geng interim, semuanya jadi fun dan enjoy je^^
Yang ni first project kami.. sangat enjoy buat mural ni walaupun penat.. Ex-pengetua pun sporting siap belanja pizza lagi..hihi
Baiklah sambung ke part ambik diploma iktisas perguruan pulak. Sebenarnya agak lama jugak batch sis menunggu untuk sambung pengajian untuk ambik Diploma pascasiswazah pendidikan (PDPP). Penempatan sis ke sekolah adalah pada Ogos 2017, dan pengambilan masuk ke diploma pendidikan adalah pada November 2018 untuk batch sis. Dalam setahun jugak lah macam tu. Kecuali yang opsyen Agama sahaja yang tak lama menunggu sebab mereka dah awal-awal dapat tajaan daripada JAKIM kalau tak silap. Pengajian sis pulak ditaja oleh JPN negeri. Tetapi batch interim 2018 pulak difahamkan kena bayar sendiri yuran pengajian. Tapi tempoh pengajian mereka lebih pendek daripada batch sis. PDPP sis dalam setahun setengah (3 semester).
Ni classmates sis group Sains 4.. Bersyukur sebab dapat classmates dan baik-baik dan sempoi.. Jadi tak stress masa kelas. Lecturer pun baik-baik dan amat membantu kami. Semua ni penting sebab masa ambik diploma ni kami bukan cuti belajar ya. Kami menggunakan mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Jadi sepanjang november 2018 hingga 2019 setiap dua minggu tak silap sis memang ada kelas di IPG. Sis dapat IPGKTAR sebab sis opsyen sains. Opsyen-opsyen lain pun ada jugak di IPGKTAR. Setiap cuti sekolah memang tak ada cuti terus masuk IPG. Minggu yang tak ada kelas bersemuka pulak ada kelas Dalam Talian (DL).. macam ala-ala PdPR jugak lah..cuma kami awal dah merasai..sebelum pandemik lagi...haha.. Serius kelas dalam talian lagi super penat mental dan fizikal.. Best lagi kelas bersemuka guys!
Ni masa baru dapat kad pelajar.. jakun jap sebab lama tak pakai lanyard ada kad macam ni..haha.
Tips di IPG ni, kita kena enjoy-enjoy je.. tapi assignment wajib kena buat dan hantar on time.. Do you best insyaAllah okay je..Bila dah amik diploma pendidikan ni baru tahu kenapa memang kena ambik jugak iktisas keguruan ni bila kita bukan dari degree pendidikan. Alam pendidikan memang lebih deep lagi yang kita perlu selami.. Masa sebelum masuk IPG, main sukati cakap je kat murid-murid.. Bila dah masuk IPG baru sedar, ada benda yang kita tak boleh bagitahu murid, bukan main sedap mulut kita je ye..haha^^ Dan banyak teknik-teknik untuk lebih memahami murid agar dapat membantu mereka dalam pelbagai aspek. Pendek cerita, masa diploma pendidikan ni, kautlah sebanyak ilmu yang boleh.. sebab memang akan kita gunakan bila mendidik murid di sekolah.
Pengalaman sis masa ni pulak ada extra mencabar sebab masa ni sis tengah nak habiskan master sis..Sis ambik mod Full Research. Bertarung dengan thesis, kena bayar yuran master sendiri sebab dah terlebih tempoh tajaan..memang mencabar lah tahun 2018-2019 sis.. Setiap hari menangis bila mengenangkan pengajian master sis. Risau sangat kalau tak dapat habiskan. Scariest moment of my life..huhu.. Tapi alhamdulillah, Oktober 2019 sis grad jugak akhinya..Terasa terlepas beban di bahu ni..huhu..Banyak kesan dia kalau x habiskan.kena bayar balik duit tajaan. masa tu sis dapat dua tajaan, satu untuk yuran pengajian, satu lagi untuk sara hidup.. memang mahu seriau sis memikirkannya..hoho..Alhamdulillah fasa itu dah berakhir..^^
Tapi you guys jangan risau, masa jadi guru interim ni, live your life macam biasa ja.. Bersyukur sekurang-kurangnya dah selangkah nak menjadi guru tetap^^
Ni gambar bersama guru-guru senior SMK Serian. Alhamdulillah semua baik-baik dan sangat sporting.. Lebiu sisturs!
Hasil kerja murid 4MPV.. Tengok, kreatif kan student SMK Serian ni^^
Ni batch yang paling lama kat sekolah.. Sampai 3 tahun kat menengah atas disebabkan covid. Batch last KBSM pulak tu.. Masa ni belum covid lagi.. Jadi memang seronok buat eksperimen di makmal^^
Masa ni sis jadi penyelaras Minggu Sains dan Matematik. Tahun 2019. Angkut encik suami dan kawan untuk buat pameran 3D print kat sekolah.. Sebab encik suami sis memang hobinya buat 3D print..^^
Yang ni masa perjumpaan akhir tahun Kelab Bola Baling.. Jadi kita buat makan-makan sikit bagi semua happy^^
Bila jadi cikgu, kita tak boleh berkira dengan murid. Anggap je macam anak-anak kita.. Bila buat perbentangan, sis suka buat ala-ala pertandingan.. Nak bagi mereka bersemangat sikit.. Lepas tu terus bagi hadiah.. Tak perlu hadiah mahal.. Hamper makanan pun diorang dah happy sangat dah^^
Hamper lagi..haha.. Nampak tak level aku ni setakat situ je...haha^^
And opkos bila dengan murid-murid ni, sikit-sikit nak bergambar.. Layankan je.. Janji kerja siap..semua happy.. Tak perlu jadi cikgu singa.. jadi cikgu kucing pun jadi..asalkan happy tak stress^^
Ni masa tengah buat assignment IPG.. susah senang bersama.. mesti sama-sama siap! Chaiyok2..^^
Oleh sebab masa jadi guru interim, life nya agak chaos, jadi kita appreciate every little things with each other.. Kami geng interim suka sambut birthday, bagi hadiah setiap birthday biar sama-sama happy.. Tapi sejak covid ni tak dapat dah nak celebrate birthday sama-sama...huhu..so sedih
Kek ni sis buat sendiri tau..masa tu tengah mood nak deco-deco cake..hahaha..Abaikan background gua di balakang tu..haha
Ni masa one of the dinner anjuran sekolah.. Boleh dikatakan every dinner ke lunch ke hi-tea sekolah, confirm geng interim yang diberi tugas jadi AJK.. Layankan je.. Macam biasa, bila sama-sama buat, enjoy je..malas nak stress-stress..haha^^
Last but not least, embrace the journey.. jangan terlalu memikirkan kesusahan, pengakhiran...just do your best supaya nanti tak ada benda yang perlu dikesalkan...^^
Untuk makluman, batct sis baru je dapat arahan untuk upload dokumen untuk temu duga SPP (Julai 2021 sekarang).. Semoga kami cepat-cepat dipanggil untuk temu duga SPP dan doakan semuanya dipermudahkan ye kawan-kawan... ^^
Maceh, maceh, maceh....^^
Jumpa lagi.. ;p