Thursday, September 7, 2017

Guru Interim 2017

Assalamualaikum, hai uols!^^


Omg! omg! It has been a while since I update this blog. Usahkan update, bukak pun tak..ohoho... Hari ni sis akan menulis tentang journey sis menjadi Guru Interim.


Ramai yang bertanya macam mana nak apply untuk jadi Guru Interim ni. Ya, sis tau ramai yang masih mencari pekerjaan, termasuk lah sis jugak dulu. Zaman ni tak boleh nak memilih sangat nak carik kerja. Tapi being a teacher is always my dream and passion. Dulu salah pilih jalan.. haha.. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan sis untuk ke arah menjadi guru...walaupun Guru Interim, guru yang belum confirm lagi diserap jadi guru tetap.


16 August 2017 was the date sis dapat tau kat mana sis ditempatkan sebagai seorang Guru Interim. Untuk menuju ke hari tersebut bukanlah mudah. Namun alhamdulillah, sis anggap semua ni adalah rezeki. Untuk batch sis, ada beberapa phases yang perlu dilepasi sebelum ditempatkan ke sekolah.

Phase pertama : Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
~Ujian ini adalah berbentuk soalan objektif dan setuju/sangat setuju/tidak pasti/tidak setuju sorts of questions.
~Dalam dua-tiga minggu kalau x silap baru dapat result. Bila lulus baru dipanggil untuk temuduga


Phase kedua: Temuduga
~Temuduga adalah secara berkumpulan, dan individu. Dalam satu kumpulan ada 5 orang. Ada sesi micro-teaching dan temuduga. Kedua-dua dijalankan pada masa yang sama. Terpulang kepada penemuduga untuk menjalankan sesi yang mana satu terlebih dahulu. Masa sis temuduga dulu, kami dikehendaki membuat micro-teaching terlebih dahulu. Micro-teaching ni adalah sesi pengajaran dan pembelajaran secara singkat namun menyeluruh. Ia tebih tertumpu kepada satu atau dua objektif sahaja untuk sesuatu sesi micro-teaching. Jangan lupa buat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga ya . Ia untuk diserahkan kepada penemuduga. Barulah nampak macam kita ni ever-ready giteww... Then nak lagi gempak, bawa sekali bahan bantu mengajar. Masa sis dulu, sis bawa yis untuk buat roti, roti dan air gula. Sebab masa tu sis buat micro-teaching tentang proses penapaian/ fermentation. Jadi sis buat demo sikit. Barulah 'wow' sikit..gitew.. hahaha.. Jangan lupa, mesti ada intro/induksi untuk micro-teaching jugak. Maksudnya di sini, kita tanya khabar pelajar and sort of conversation yang buatkan student attached to us first. Lepas tu baru kita bagitau objektif pembelajaran pada hari tersebut, dan seterusnya mengajar topik tersebut. Akhir sekali, kita kena pastikan sama ada objektif pembelajaran kita pada hari tersebut tercapai atau tidak. Panjang lebar tak explanation sis? haha.. Bukan apa, masa sis dulu, x jumpa pun yang explain secara details tentang micro-teaching..huhu.. I am so new with these things you know...nasib la ada makcik sis yang cikgu tu tolong explain..Thank you Ciknah!^^


Phase ketiga: Penempatan
~Result temuduga dapat dalam masa 2-3 minggu jugak kalau tak silap. Bila lulus temuduga barula dipanggil untuk sesi penempatan. Masa sesi penempatan ni barulah dapat tahu kita ni ditempatkan di sekolah mana. Alhamdulillah sis dapat SMK Serian, Sarawak. Kira-kira 45-50min drive dari rumah ke sekolah. Nak kata dekat tak jugak, nak kata jauh pun tak.. So-so lah. Bersyukur jugak lah... at least masih boleh ulang alik.. Kalau x kena PJJ la dengan Encik Suami...hoho


So, bagi yang nak apply jadi Cikgu Interim jugak, boleh apply di website Job Malaysia (Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), dan hantar resume, cover letter dengan sijil berkaitan ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. All the best uols!

Okay lah, setakat ni je lah dulu. Next post sis akan explain pulak dah dapat penempatan tu, macam mana nak lapor diri n so on pulak.... hihi..~



Tata-titi-tutu

Monday, December 28, 2015

Vietnam Getaway^^

Assalamualaikum n hai semua!

Kali ni sis nak share pengalaman masa pegi Ho Chi Minh City, Vietnam hari tu.. bukan hari tu sangat la.. Bulan Ogos 2015 lepas jugak la rasanya..See.. I have short term memory...haha.. Sebab tu kena abadikan dalam blog ni supaya x lupa...aduh nak, mahwaku ;p

Trip ke Vietnam hari tu sis pegi berdua je dengan makcik sis. Hehe.. And that was my first trip to oversea gitu ( dulu penah g Brunei je..).. hehe.. Kitorang pegi dalam 5 hari macam tu je.. Kitorang travel sendiri2 je without travel agency, and agak menjimatkan jugak la..Tiket Kuching-KL-HoChiMinh return ticket including luggage n hotel dalam RM1k untk dua orang.. Kira murah la jugak..hihi..Xberapa nak berplan bagai, janji hati mau kental gitu.. and kaki kena kuat jalan..haha..




Ni masa first night kat sana.. Agak saspen jugak si tengok trafik kat sini.. Hati mau berani nak cross the road..kalau x memang x ke mana la..haha



Ni kat Restoren Serai, the first kedai makan halal yang kami jumpa, so redah je la.. And it seems that kedai ni yg paling sedap among the other kedai yg kitorang cuba sepanjang di sana^^


Ni Mi Vietnam ke apa namanya sis pun lupa..kan short term memory gitu..haha.. tapi ni serius sedap..kena try tau kalau pegi Vietnam^^




Kalau ke Vietnam, tak sah kalau tak beli Kain Cotton Vietnam, sangat banyak choice, tapi kena pandai tawar-menawar jugak..Sis suggest beli kat kedai luar dari Ben Thanh Market.. Kalau T-shirt Vietnam pun murah lagi kalau beli kat deretan kedai luar Ben Thanh market compared to beli kat dalam Ben Thanh market tu.. Make a smart choice ya^^ Same case jugak kalau nak beli keychain or souvenir. Ada jugak la yang okay kat dalam market tu..tu pun kalau uols pandai bargain ya^^

At Saigon Notre-Dame Basilica.. baru google nama dia..haha..sebab lupa..lol^^ Church ni terletak opposite dengan Saigon Central Post Office.. tempat wajib amik gmbr kalau ke Ho Chi Minh City gitu^^


Ni pulak Opera House, fefeeling kat Eropah gitu... Cantik dan terletak dekat tengah bandar jugak, dalam 10min berjalan dari Ben Thanh Market^^




Sepanjang kat sana, ada la dalam dua tiga masjid yang sis jumpa..so, boleh la singgah solat jap.. kalau x silap masjid ni dalam 10 minit berjalan kaki dari Ben Thanh Market jugak, tapi different direction dari yang ke Opera House tadi.^^




Ni pulak dataran yang terletak dekat dengan bangunan2 urban kat sana, agak berbeza dengan view di Ben Than Market. Sis syak jurang antara kaya dan miskin kat sana agak ketara jugak la..Bagi pendapat sis la..hihi.;p





Kalau shopping kat Vietnam, boleh pakai Vietnam dong, Ringgit Malaysia atau US Dollar. Masa sis pegi hari tu rate RM1=~5000Dong gitu la.. ada barang yang rasa murah kalau beli pakai dong, ada yang murah beli pakai RM^^




One more thing, kat sana banyak garden..memang best kalau nak lepak2 gitu..hihi.. Kalau waktu malam ramai yang buat taichi la, aerobic pun ada^^ Bersemangat sukan orang2 Vietnam ni..haha^^




Buang tebiat bli baju hujan plak kat sana..Yela, kitorang mana la ada bawak payung ke ape..sekali dua tiga saat lepas bli hujan pun reda...apuu..haha..nasib baik dlm RM2.00 gitu je...;p



Ni masa flight baru take off nak balik KL..Bye Vietnam! It was a great experience for sis.. Till next time ya^^



~tata-titi-tutu~

Thursday, October 1, 2015

Confession of a girl


Assalamualaikum semua^^

Ogosh! Now I'm already at the second semester of my master program. It is difficult to stay focused and I frankly hate it. I am really lazy to figure out the methods that I have to use since I'm really unfamiliar with it! So stressed out and I hate it! So, my advice to those who wants to do master, don't do research mode! It is tough! Just do coursework. It might be easier for you.. Goodluck n wish me luck! I want to finish what I started^^

Ok Bye^^

Friday, September 11, 2015

Misiku KURUS

Assalamualaikum! Hola semuanya^^

Oh yeah! Bila bercakap pasal nak kurus ni, it's like everyone gonna suggest various types of methods oh well^^ But the point is that to execute the method is the most-really-very tough thing to start with. Believe me, the starting point is always the hardest one.

Being an obese person is never my choice.. I didn't realized my journey of being an obese person. As I am planning to get married soon, diet and become a normal BMI person is a must for me. Ya la kan, nak kawen pun xnak usaha untuk kurus ke? nanti dalam gambar orang kutuk2 pengantin gemuk marah pulak kan??? ok nak nangis!

This is almost a week since I left white rice and sugary-drinks, and I'm already okay with it. Then, already sign up dkt gym.. and hopefully my usaha berhasil la.. I see the progress, but it was not fast..quite slow..But I hope I can keep going. I hope I can apply this diet as my lifestyle^^

Who doesn't want to be pretty right? 
Tetiba teringat quote kat fb "Muka lawa boleh lah, buat jahat pun orang akan tetap sokong kau sebab apa? sebab kau lawa. cuba kalau yang hodoh, duduk diam pun kena maki"... Harsh enough yet so true.. Kan???

May Allah helps me in this journey. Pray for me guys! 


My current diet plan: Atkin and calory diet

Tuesday, May 5, 2015

P_E_R_K_A_H_W_I_N_A_N


Assalamualaikum semua...^^

As usual, blog ni memang tempat aku nak meluahkan perasaan je since aku rasa takde sangat yang tau pasal blog ni..hikhik^^

mmmmmmm......Aaaahhh~ (tarik nafas dalam2 then hembus)

Bila cakap pasal kahwin aku jadi takut.. haha..Dulu aku excited. When the time is about to come aku jadi panic...haha.. Bersediakah aku? Cukup baik kah aku untuk jadi seorang isteri untuk dia?

Aku masih belum kurus, belum habis master (baru je daftar), belum dapat kerja... How I'm gonna simpan duit for my wedding?? otoke? Aku taknak la nak harapkan pihak lelaki je yang payung semua..huhu... And I was planning to get married after 2 years time after start kerja.. Never think that my plan could not work as what I planned. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan~ He knows the best for us kan^^

Semoga dibukakan pintu rezekiku seluas-luasnya... Kena work hard n achieve more ni~ Doakan semuanya berjalan lancar k..thank you^^


That's all la untuk kali ni, since aku pun blom tau ape yang kena uruskan untuk masa ni..haha.. naive sungguh! okbai^^


~tata - titi - tutu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...